Sunday, June 27, 2010

Mencari ketenangan di Pantai Damai

Semenjak dua menjak ni aku kerap kepenatan dan stress atas sebab tuntutan kerja dan sebagainya. Agak lama juga aku tak meluangkan masa berjalan-jalan dan menikmati pemandangan indah sekitar kawasan tanah kelahiranku, Kuching. 

Namun, berberapa hari lepas, kebetulan seorang kawan meminta aku untuk menemankan dia membuat tesis universiti yang berkaitan dengan aktiviti perlancongan di Sarawak. Dia memilih kawasan Pantai Damai untuk tugasan tersebut. Pantai Damai jauhnya kira-kira 30km dari bandaraya Kuching dan terletak berdekatan dengan Kampung Santubong.

Kat bawah ni berberapa gambar2 pemandangan yang aku ambik sewaktu perjalanan aku ke sana..

 






Dalam pada itu sempat juga aku berbekalkan sebuah gitar kapok untuk menemani perjalanan kami, dapat aku melayan perasaan dengan bermain berberapa buah lagu dan diiringi tiupan angin pantai yang nyaman. Syiok beb... Terasa ringan seperti diawangan dan sekalian stress yang sekian lama hinggap dibahu akhirnya terbang pergi....


No comments:

Post a Comment