Sunday, June 27, 2010

Mencari ketenangan di Pantai Damai

Semenjak dua menjak ni aku kerap kepenatan dan stress atas sebab tuntutan kerja dan sebagainya. Agak lama juga aku tak meluangkan masa berjalan-jalan dan menikmati pemandangan indah sekitar kawasan tanah kelahiranku, Kuching. 

Namun, berberapa hari lepas, kebetulan seorang kawan meminta aku untuk menemankan dia membuat tesis universiti yang berkaitan dengan aktiviti perlancongan di Sarawak. Dia memilih kawasan Pantai Damai untuk tugasan tersebut. Pantai Damai jauhnya kira-kira 30km dari bandaraya Kuching dan terletak berdekatan dengan Kampung Santubong.

Kat bawah ni berberapa gambar2 pemandangan yang aku ambik sewaktu perjalanan aku ke sana..

 






Dalam pada itu sempat juga aku berbekalkan sebuah gitar kapok untuk menemani perjalanan kami, dapat aku melayan perasaan dengan bermain berberapa buah lagu dan diiringi tiupan angin pantai yang nyaman. Syiok beb... Terasa ringan seperti diawangan dan sekalian stress yang sekian lama hinggap dibahu akhirnya terbang pergi....


My fevret mi jawa

Dah lama aku tak memasak sejak berpindah kat tempat kerja baru. Selalunya aku tapau aje dari kedai makan. Walaupun aku ni lelaki, tetapi memasak memang merupakan sebahagian daripada hobi aku sejak sekian lama. Baru-baru ni masa aku tengah bermalasan kat rumah menengok sebuah rancangan masakan kat tv, perasaan yang aku pendam di dalam lubuk hati yang paling dalam telah timbul semula. Perasaan membuak-buak yang aku maksudkan ialah keinginan untuk memasak.

Aku pun berfikir sejenak dan segera membuat pertimbangan. Lantas aku bangkit dari kemalasan pagi Ahad berbekalkan sebuah semangat berkobar-kobar, aku mencapai tuala ku dan segera mandi. Selesai bermandi-manda dan bersiul riang ria, aku pun bersiap untuk menuju ke Pasar Stutong yang tidak jauh dari kawasan kediamanku.

Sesampainya di sana, aku pun membeli berberapa bahan-bahan yang diperlukan. Antara ingredients yang aku beli termasuk ubi keledek, mi kuning, telur, cili kering, daun sup dsb. Selesai membeli barang keperluan, sepantas kucing menerkam tikus, aku pun memecut balik ke rumah. Kemudian api di dapur dinyalakan, periuk disediakan dan aktiviti masakan pun bermula. Hasilnya...............